Pejabat Peguam Negara terima siasatan audio Latheefa  - Utusan Malaysia

Pejabat Peguam Negara terima siasatan audio Latheefa 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung pendedahan audio berprofil tinggi oleh bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, laporan siasatan itu juga telah diserah ke Pejabat Peguam Negara pada 19 Jun lalu bagi tindakan selanjutnya.

“Rakaman audio yang didedahkan oleh SPRM pada Januari 2020 adalah dibenarkan undang-undang (discretionary power) dan tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis kepada Tan Sri Noh Omar (Tanjong Karang-BN) mengenai sejauh mana tahap integriti, kredibiliti dan profesionalisme SPRM yang bertindak secara tidak wajar apabila mendedahkan bukti rakaman audio berprofil tinggi. 

Sebelum ini, Latheefa mempertahankan tindakannya mengadakan sidang media dengan memperdengarkan sembilan klip rakaman audio membabitkan beberapa individu berprofil tinggi.

Polis turut memanggil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan susulan pendedahan klip audio oleh Latheefa itu. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya