Patuhi perintah kuarantin - Utusan Malaysia

Patuhi perintah kuarantin

ADZLI ABU SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis meminta kesemua 22,360 penduduk di Zon Mawar, Melur dan Kena­nga di Ambangan Heights di sini memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dengan mematuhi arahan kuarantin di rumah bagi membendung penularan Covid-19 Kluster Tawar.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memberitahu, ke­semua penduduk terlibat tertakluk di bawah prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) yang mana mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan tersebut.

“Penduduk mula menjalani saringan pada hari ini dan mereka perlu mematuhi arahan kuarantin di rumah dengan ke­tua keluarga sahaja dibenarkan keluar membeli barang keperluan di kawasan Temco,” kata­nya kepada pemberita di Ambangan Heights di sini semalam.

Sebanyak empat sekatan jalan raya dilakukan selain bertindak menutup 11 lorong tikus di kawasan perumahan seluas 2.85 kilometer persegi itu.

“Kita juga menggunakan penghadang konkrit dan kawat duri untuk menutup laluan serta lorong tikus,” ujarnya.

Menurut Adzli, polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memastikan tiada penduduk tiga zon tersebut melolos­kan diri sepanjang pelaksanaan Temco yang bermula semalam.

“Seramai 26 pegawai dan 93 anggota polis bersama ATM akan mengawasi seluruh kawasan perumahan termasuk melakukan rondaan di setiap zon,” katanya.

Semua penduduk tidak dibenarkan keluar untuk bekerja dan arahan tersebut juga terpakai kepada anggota polis dan ATM di kawasan perumahan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya