Pasca Covid-19: Tumpuan ekonomi baharu - Utusan Malaysia

Pasca Covid-19: Tumpuan ekonomi baharu

R. Vidyananthan melepaskan anak ikan lampam serta udang galah di Sungai Sembrong di Kampung Orang Asli Sedohok, Kahang, Johor semalam. UTUSAN/MOHAMAD FAHD RAHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG : Jalan penyelesaian berhubung masalah kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 yang dihadapi penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang akan dicari termasuk memberi tumpuan kepada menceburi aktiviti ekonomi baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang, R. Vidyananthan berkata, satu jawatankuasa khas di peringkat DUN sedang memikirkan kaedah terbaik khususnya memberi fokus kepada pekerjaan yang boleh dilakukan golongan terjejas dan bantuan lanjut.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor berkata, golongan berkenaan melibatkan petani, penternak dan nelayan.

“Tumpuan utama masa kini adalah kelompok yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan berikutan pandemik wabak itu seperti yang mengusahakan makanan, hasil tani atau perikanan.

“Dan yang lebih penting ini membabitkan semua kaum termasuk golongan Orang Asli yang kebanyakan kini terpaksa bekerja sendiri untuk mengusahakan pendapatan keluarga,” katanya ketika ditemui selepas program Pelepasan Anak Ikan Lampam serta Udang Galah Sungai Sembrong di Kampung Orang Asli Sedohok, Kahang semalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Dr. Mohd. Fahmi Yusof dan Ketua Cawangan Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Negeri Johor, Yusni Mohd. Jusoh.

Vidyananthan berkata, jawantakuasa yang dianggotai Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian dan agensi-agensi kerajaan berkaitan adalah sebagai satu komitmen pihaknya untuk memastikan ekonomi masyarakat setempat dapat bergerak semula.

Dalam pada itu, sebanyak 20,000 anak ikan lampam serta 55,000 ekor anak udang galah bernilai RM25,000 dilepaskan ke Sungai Sembrong bagi membantu memulihkan semula sungai ini selepas dua kali tercemar pada bulan Jun dan Julai lalu.

Menurut Vidyananthan, dengan pelepasan anak ikan lampam serta udang galah ini ianya mampu meningkatkan sosio ekonomi penduduk Orang Asli yang bergantung harap sepenuhnya kepada pekerjaan sebagai nelayan darat di sungai berkenaan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya