Pasangan suami isteri pula ditahan langgar Temco - Utusan Malaysia

Pasangan suami isteri pula ditahan langgar Temco

Wari Kiew melawat lorong tikus yang menghubungkan antara sempadan Perlis dan Kedah di Kampung Kuala Sanglang, Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Degil dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (Temco), dua lagi penduduk di Kuala Sanglang di sini ditahan apabila bertindak ‘curi’ keluar dari kawasan tersebut menggunakan lorong tikus semalam.

Pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 54 dan 65 tahun itu, ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Temco Alpha Jalan Simpang Empat-Kuala Sanglang pada pukul 3.30 petang ketika mahu memasuki semula kawasan kuarantin untuk pulang ke rumah mereka.

Pemeriksaan terhadap wanita itu mendapati dia memakai gelang berwarna merah jambu di tangan sebelah kiri manakala suaminya pula mengaku telah menanggalkan gelang tersebut dengan alasan mengalami alahan pada kulit.

Mereka yang menaiki motosikal memberi alasan keluar dari kawasan Temco yang meliputi Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul untuk membeli barang.

Anggota polis yang berada di SJR tersebut bertindak menahan kedua-dua mereka kerana telah melakukan kesalahan dibawah Akta Kesalahan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan  dan Seksyen 22(b)  Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Pasangan terbabit ditahan kerana keluar dari rumah mereka di Kampung Kuala Sanglang tanpa sebab yang munasabah semasa arahan kuarantin Temca dilaksanakan. 

“Tiada kompaun dikeluarkan  dan mereka diberikan jaminan polis,” katanya.  – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya