Parkir percuma pasang Jalur Gemilang - Utusan Malaysia

Parkir percuma pasang Jalur Gemilang

ANTARA cara pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan yang membolehkan pemilik mendapat parkir percuma bermula 24 hingga 31 Ogos ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sempena bulan kemerdekaan, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengambil inisiatif menawarkan parkir percuma kepada orang ramai yang memasang Jalur Gemilang pada kenderaan mereka bermula 24 Ogos hingga 31 Ogos ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MPK, Norkamawati Kamal berkata, bagaimanapun, tawaran parkir percuma tersebut adalah tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

“Jalur Gemilang pada kenderaan perlu mengikut saiz dan cara pemasangan yang ditetapkan. Bendera pula mesti cantik, tidak pudar dan koyak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Norkamawati berkata, bermula 24 Ogos ini, bagi kenderaan yang parkir di tempat letak kereta MPK dan memasang Jalur Gemilang seperti ditetapkan, tiada kompaun akan dikeluarkan walaupun tidak meletakkan kupon atau menjelaskan caj parkir secara dalam talian melalui aplikasi PahangGo.

Jelasnya, tawaran itu hanya tertakluk kepada tempat letak kereta bawah MPK sahaja.

“Bagi pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan, tindakan kompaun atau apit tayar tetap akan diambil walaupun memasang Jalur Gemilang,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya