Pak Wan tewas jawatan Naib Presiden Bersatu - Utusan Malaysia

Pak Wan tewas jawatan Naib Presiden Bersatu

KEPUTUSAN rasmi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas kalah kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin bagi merebut jawatan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof turut gagal menempatkan diri dalam jawatan naib presiden parti tersebut.

Pada pemilihan parti itu semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) itu tewas mengisi slot ketiga jawatan berkenaan di tangan timbalannya, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen.

Dua jawatan naib presiden lagi diisi Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin.

Sementara itu, jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pula dimenangi Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz; Abdul Hakim Gulam Hassan, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Senator Datuk Razali Idris dan Datuk Eddin Syazlee Shith.

Turut terpilih bagi jawatan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Wan Saiful Wan Jan, Azlinda Abdul Latif, Mohd. Taufiq Yaacob, Mohd. Rafiq Mohd. Abdullah, Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

Selain itu, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi, Mohd. Zulkifli Zakaria, Mohd. Yazid Mohd. Yunus, Datuk Shabudin Yahaya, Datuk Rosol Wahid dan Shamsilah Siru.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masing-masing menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Bersatu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya