P.Pinang belum berhasrat laksana Temco - Utusan Malaysia

P.Pinang belum berhasrat laksana Temco

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH:  Kerajaan negeri tidak berhasrat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (Temco) buat masa ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19 di negeri ini dengan yang terbaharu direkodkan berlaku di daerah Barat Daya, beliau percaya tiada keperluan untuk Temco dilaksanakan sekarang.

“Kita belum sampai tahap itu (untuk mengisytiharkan Temco) dan Kementerian Kesihatan juga akan maklum kepada kita jika ada keperluan untuk kita berbuat demikian,” katanya kepada pemberita.

Secara keseluruhan, sebanyak 126 kes Covid-19 dengan satu kematian telah direkodkan di negeri ini sejak pandemik itu menular beberapa bulan lalu.

Jelas Kon Yeow, ketika ini, rakyat Pulau Pinang dinasihatkan supaya sentiasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan terutamanya dari segi kebersihan dan kesihatan.

“Saya sudah maklum sebelum ini. Kita tak akan mampu hadapi gelombang kedua (Covid-19) jika semua SOP ini kita tidak patuhi,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya