GEORGETOWN: Seorang orang kena tuduh (OKT) ditemukan mati selepas terjatuh dari tingkat lima Mahkamah Sesyen dan Majistret Pulau Pinang di sini pagi tadi.
Mangsa lelaki itu ditemukan terbaring di aras bawah mahkamah terbabit dengan kedua-dua tangan bergari kira-kira pukul 11.35 pagi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan.
Sementara itu, pakar Patalogi dari Hospital Pulau Pinang ketika ini turut berada di lokasi kejadian bagi menyiasat punca sebenar kematian OKT terbabit. – UTUSAN