OKT maut jatuh tingkat 5 Mahkamah Pulau Pinang - Utusan Malaysia

OKT maut jatuh tingkat 5 Mahkamah Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang lelaki yang juga orang kena tuduh (OKT) ditemukan mati selepas terjatuh dari tingkat lima Mahkamah Sesyen dan Majistret Pulau Pinang, di sini hari ini.

Mangsa ditemukan terbaring di aras bawah mahkamah terbabit dengan kedua-dua tangan bergari kira-kira pukul 11.35 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian berlaku dan memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan di lokasi kejadian.

Sementara itu, pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang turut berada di lokasi kejadian bagi menyiasat punca sebenar kematian OKT terbabit. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya