Norma baharu sambut 864 pelajar UTHM - Utusan Malaysia

Norma baharu sambut 864 pelajar UTHM

WAHID Razzaly bersama 864 pelajar diploma bagi sesi akademik 2020/2021 di Kampus Pagoh baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAGOH : Proses pendaftaran 864 pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)  di sini dibuat secara norma baharu ekoran penularan virus Covid-19 yang melanda seluruh negara.

Mereka yang terdiri daripada pelajar program diploma sesi akademik 2020/2021 selesai mendaftar pada 4 dan 5 Ogos lalu.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Wahid Razzaly berkata, proses kemasukan itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Katanya, selain itu UTHM telah menetapkan semua pelajar baharu dan pelajar lama yang kembali ke kampus menghadapi kaedah pengajaran dan pembelajaran secara hibrid.

“Ini melibatkan kaedah pembelajaran secara bersemuka atau secara dalam talian ataupun secara gabungan kedua-duanya.   

“Bagaimanapun, kaedah ini adalah tertakluk kepada pelaksanaan di fakulti dan pusat yang terlibat di kampus ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, UTHM memaklumkan, kehadiran pelajar baharu tersebut disambut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM, Prof. Madya Dr. Afandi Ahmad dan Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh, Prof. Madya Dr. Mohd Kamarulzaki Mustafa.

Kesemua mereka turut mengikuti Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) yang berlangsung empat hari sejak 4 Ogos lalu.

Mereka akan memulakan kuliah semester khas yang dijadualkan berlangsung selama lapan minggu bermula Ahad ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya