Nadzim beri keterangan isu Asri Janggut - Utusan Malaysia

Nadzim beri keterangan isu Asri Janggut

NADZIM JOHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berikutan wawancara yang disertainya bersama individu yang mendedahkan aktiviti rasuah pihak berkuasa di Sungai Buloh, Mohd. Asri Hamid, baru-baru ini.

Nadzim berkata, beliau dipanggil polis pagi ini untuk membantu siasatan terhadap kenyataan Mohd. Asri mengenai pihak berkuasa tidak menjaga solat.

“Saya akan bagi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis, tiada masalah.

“Apa yang saya harapkan, isu ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin, benar Asri Janggut (Mohd. Asri) ada ‘terlepas cakap’ dan dia telah pun membuat memohon maaf,” katanya.

Nadzim berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Malakat Grocer di sini hari ini.

Selain Nadzim dan Mohd. Asri, Naib Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Masridi Sat turut dipanggil memberi keterangan kepada pihak PDRM.

Tambah Nadzim, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima permohonan maaf Mohd. Asri dan berharap PDRM juga dapat menimbangkan perkara sama.

“Dia masih baharu, barang kali agak teruja dengan apa yang berlaku baru-baru ini.

“Mohd. Asri juga masih tidak biasa apabila berbicara dengan pihak media, jadi ada yang terlajak kata,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nadzim memohon pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak terlalu keras terhadap peniaga dan penjaja hanya kerana isu pembongkaran tersebut.

“Berpada-padalah, kita tahu ada yang tidak selesa akibat penularan video tersebut, namun daripada kita mengambil tindakan meroboh dan menutup terus permis-permis perniagaan apa kata ambil langkah lebih baik.

“Ramai dalam kalangan peniaga dan penjaja di sana adalah rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik Covid 19. Mereka hanya mahu cari makan, yang patut dibanteras hanya pusat judi dan gerai rokok seludup itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya