Muhyiddin sah hadir Kongres Negara - Utusan Malaysia

Muhyiddin sah hadir Kongres Negara

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan menghadiri Kongres Negara, Bersatu Untuk Malaysia di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, dekat sini, esok.

Hal ini dimaklumkan pegawai khas Muhyiddin kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kongres berkenaan dijangka dihadiri bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden parti itu, Zuraida Kamaruddin.

Majlis berkenaan adalah anjuran tiga pertubuhan bukan kerajaan iaitu Pemuda Negara, Nations of Women (NOW) dan Penggerak Komuniti Negara.

Kesemua NGO berkenaan dikatakan diterajui bekas-bekas pemimpin PKR yang sangat rapat dengan Mohamed Azmin.

Poster mengenai Kongres Negara yang memaparkan wajah Muhyiddin, Mohamed Azmin dan Zuraida juga dalam tular di media sosial. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya