MPK tutup lapan premis tiada lesen - Utusan Malaysia

MPK tutup lapan premis tiada lesen

anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang menampal notis penutupan premis tidak berlesen dalam operasi di Jalan Haji Sirat, Klang, Selangor semalam. –UTUSAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kegiatan lapan premis menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di Jalan Haji Sirat di sini mengundang padah apabila diarah tutup serta-merta semalam.

Arahan itu dikeluarkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam Operasi Kilang Tanpa Kebenaran Di Zon Kediaman sekitar kawasan tersebut yang bermula kira-kira pukul 10 pagi.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, operasi tersebut dilakukan hasil siasatan pihaknya yang mendapati wujud aktiviti perniagaan tanpa lesen di lokasi tersebut.

“Pemantauan lanjut kemudian mendapati lapan premis menjalankan perniagaan secara tidak sah atau tidak mem­peroleh lesen daripada MPK.

“Antara kesalahan dilakukan adalah membuat tingkap dan pintu besi, kerja-kerja kejuruteraan, gudang dan kilang pembungkusan.

“Notis pemberhentian aktiviti tanpa lesen diberikan kepada kesemua premis tersebut yang diarahkan menutup operasi perniagaan mereka serta-merta,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu, operasi yang berakhir pukul 12.30 tengah hari itu turut disertai Jabatan Penguat kuasa, Jabatan Bangunan, Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Komunikasi Korporat MPK.

Mengulas lanjut kata Norfiza, tindakan itu dilakukan mengikut Undang-Undang Kecil 3 Pe­lesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPK 2007.

“Ada beberapa premis yang terlibat juga kini dalam proses pendakwaan di mahkamah oleh Jabatan Perancang Bandar.

“Kita juga telah memberi amaran kepada pemilik premis haram supaya mematuhi peraturan bagi mengelak dikenakan tindakan.

“MPK juga akan terus menjalankan operasi seumpama ini melalui pemantau jabatan-jabatan yang terlibat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya