MP balik kawasan disaran buat ujian saringan  - Utusan Malaysia

MP balik kawasan disaran buat ujian saringan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen yang balik ke kawasan mereka khususnya tempat Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) supaya membuat ujian saringan Covid-19 sebelum menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Perkara itu disarankan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sebagai  langkah berjaga-jaga selari dengan arahan Kementerian Kesihatan dalam menangani penularan wabak tersebut.

“Ini penting kerana saya tahu Ahli Yang Berhormat (YB) pulang ke kawasan masing-masing.

“Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga dan mengekang penularan Covid-19, selain memastikan sidang Dewan Rakyat berjalan lancar, maka saya ingin sarankan mereka  membuat ujian Covid-19,” katanya ketika menyampaikan pemasyhuran Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini. 

Jelas Azhar, langkah itu juga bertujuan sebagai mengambil maklum mengenai kewujudan kluster baharu yang berpunca daripada ‘super spreader’ yang melanda di kawasan utara Semenanjung.

Berikutan itu Speaker Dewan Rakyat menegaskan bagi mereka yang bergejala, individu dalam siasatan (PUI), individu dalam pemantauan (PUS), kontak rapat kepada kes positif, perlu membuat ujian saringan berkenaan untuk kebaikan semua pihak.

Katanya, ia merupakan tanggungjawab bersama yang perlu diambil berat semua pihak termasuklah ahli Parlimen sendiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya