Mohd. Zaidi calon BN PRK Slim - Utusan Malaysia

Mohd. Zaidi calon BN PRK Slim

MOHD. ZAIDI AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd. Zaidi Aziz diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini.

Pengumuman dibuat Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad di Felda Residence, Trolak dekat sini hari ini.

Berusia 43 tahun, Mohd. Zaidi merupakan anak tempatan dan pemegang ijazah Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Beliau yang merupakan seorang peniaga menjawat jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian sejak 2018.

Aktif dalam politik serta aktiviti kemasyarakatan, Mohd. Zaidi merupakan Timbalan Presiden Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) sejak tahun lalu.

Beliau mula membabitkan diri dalam politik pada tahun 2000 sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Slim Village dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian sebelum memegang jawatan timbalan pada tahun 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN