MELBOURNE: Penurunan stok minyak di Amerika Syarikat (AS) mendorong harga minyak kekal stabil semalam, walaupun terdapat kebimbangan mengenai wabak Covid-19 di negara ekonomi terbesar dunia itu.
Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) susut 3 sen (RM176.26) setong semalam, sementara Brent menokok 9 sen atau hampir 0.2 peratus kepada AS$45.25 (RM189.43).
Harga minyak mentah AS mencapai kenaikan berturut-turut dalam tempoh lima bulan ini.
Kedua-dua kontrak penanda aras AS itu meningkat lebih satu peratus semalam pada tahap tertinggi sejak 6 Mac lalu, selepas Energy Information Administration (EIA) melaporkan penurunan stok minyak mentah AS lebih teruk daripada yang dijangkakan.
Bagaimanapun, para pelabur tetap berwaspada terhadap kenaikan produk inventori AS ketika bank pusat negara itu menyatakan bahawa kebangkitan semula melambatkan pemulihan ekonomi negara terbabit.
Data EIA menunjukkan, stok penyulingan merangkumi minyak diesel dan pemanasan, menokok ke paras tertinggi dalam tempoh 38 tahun dan inventori petrol tidak dijangka meningkat bagi minggu kedua berturut-turut.
Pakar ekonomi ING dalam satu notanya memberitahu, sukar untuk terlalu konstruktif terhadap pasaran minyak dengan permintaan terhenti dan lambakan stok.
EIA menjangkakan permintaan petrol memperoleh 8.6 juta tong sehari, 10 peratus lebih rendah dari tahun lalu.
ANZ Research pula menyatakan tempoh permintaan bermusim terbesar di dunia, semakin menurun.
Namun, penurunan dolar AS baru-baru ini telah menyokong kenaikan harga minyak. Oleh kerana urus niaga minyak hadapan dalam dolar, harga minyak mentah cenderung meningkat untuk mengimbangi mata wang yang lebih lemah.
Dolar mencatat penurunan peratusan bulanan terbesar dalam sedekad berbanding sekumpulan enam mata wang.
Dolar diniagakan pada kadar 0.844 berbanding euro, 0.79 (sterling), 1.39 (dolar Australia), 1.37 (dolar Singapura), 6.95 (yuan) dan 105.67 (yen). – AGENSI