SEPANG: Lelaki warga Bangladesh, Md. Rayhan Kabir, 25, dihantar pulang ke negara asalnya tanpa sebarang pendakwaan malam tadi.
Dia tiba pada pukul 9 malam di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan tangan bergari dan dibawa oleh enam anggota Jabatan Imigresen yang membawa Orang Kena Tuduh (OKT) sebelum menaiki penerbangan MH 0196 ke Dhaka pukul 11 malam.
Rayhan hantar pulang ke negara asal selepas diusir dan disenarai hitam ekoran dikesan membuat dakwaan paksu berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan Covid- 19.
Dia melemparkan tohmahan dan dakwaan tidak berasas itu menerusi kenyataan diberikannya kepada stesen televisyen antarabangsa, Al Jazeera yang membuat laporan khas berhubung pendatang tanpa izin di negara ini.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memulakan siasatan terhadap Al Jazeera susulan penyiaran dokumentari itu.
Dia ditahan oleh Jabatan Imigresen ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, 24 Julai lalu. – UTUSAN ONLINE