MBS teruskan proses disinfeksi - Utusan Malaysia

MBS teruskan proses disinfeksi

PROSES pembersihan dan disinfeksi dijalankan pihak MBS di Gerai Majlis, Taman Semarak dan Taman Desa Casuarina Nilai, Negeri Sembilan. - Ihsan MBS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) masih menjalankan operasi disinfeksi di beberapa kawasan tumpuan orang ramai khususnya di pasar awam dan gerai milik MBS bagi mengekang penyebaran Covid-19.

MBS menerusi kenyataan memberitahu, premis-premis perniagaan dan perindustrian yang berada dalam kawasan pentadbirannya juga akan sentiasa dipantau bagi memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dapat dipatuhi.

“Pemeriksaan suhu dan penjarakan fizikal akan terus dipantau bagi pengunjung ke tempat-tempat tumpuan awam ini.

“Bilik Gerakan Covid-19 MBS juga masih beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang di Wisma MBS.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau aduan mengenai ketidakpatuhan PKPP boleh hubungi kami di talian 06-765 4284 atau agensi penguatkuasaan lain,” katanya.

Sementara itu, selepas aktiviti perniagaan pasar malam dibenarkan untuk beroperasi semula pada 20 Jun lalu, setiap penjaja perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan MBS serta syarat yang telah diperketakan selari dengan pematuhan PKPP.

“Peniaga pasar malam dingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan di tapak niaga masing-masing.

“Pengunjung pasar malam juga diwajibkan untuk melakukan pemeriksaan suhu, memakai pelitup muka, menggunakan cecair pensanitasi tangan, menjaga penjarakan fizikal dan menggunakan imbasan kod QR aplikasi MySejahtera atau mendaftar di buku daftar sebelum masuk ke premis pasar malam,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya