Mayat penunggang motosikal ditemui dalam semak - Utusan Malaysia

Mayat penunggang motosikal ditemui dalam semak

MOTOSIKAL milik mangsa yang ditemui di kawasan di tepi Jalan Terap-Sungai Tengas, Kulim semalam. - UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Mayat seorang lelaki yang dipercayai mati akibat kemalangan dua hari lalu ditemui dalam semak di tepi Jalan Terap dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, mangsa yang berasal dari Sungai Bakap, Pulau Pinang ditemui orang awam yang kebetulan ternampak motosikal mangsa dalam semak tepi jalan terbabit pada pukul 4.30 petang.

Menurutnya, orang awam yang melalui jalan terbabit ternampak sebuah motosikal berada dalam semak di tepi jalan, lalu mereka mencari penunggangnya kerana keadaan motosikal yang ditemui seperti terbabit dalam kemalangan.

Katanya, mereka juga terhidu bau busuk dari kawasan itu sebelum menemui mayat mangsa.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mangsa dipercayai menunggang motosikal dari arah Kampung Terap menghala ke arah Selama dekat sini.

“Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang oleh mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan jatuh ke kanan jalan,” katanya katanya di sini semalam.

Beliau menambah, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Katanya, mangsa dipercayai meninggal dunia pada dua hari lalu berdasar maklumat keluarganya bahawa mereka melihat mangsa kali terakhir ketika keluar rumah pada pagi Ahad lepas. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya