Mahkamah perintah Pavithra hantar surat tarik pendakwaan terhadap suami - Utusan Malaysia

Mahkamah perintah Pavithra hantar surat tarik pendakwaan terhadap suami

S. PAVITHRA dan suaminya, M. Sugu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH:  Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan YouTuber masakan, S. Pavithra, 28, supaya menghantar surat rasmi bagi menarik balik pertuduhan terhadap suaminya, M. Sugu, 29, berhubung kes mendatangkan kecederaan.

Hakim Norashima Khalid mengeluarkan perintah berkenaan pada sebutan semula kes mendatangkan kecederaan yang dihadapi Sugu terhadap isterinya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi memberitahu mahkamah bahawa Pavithra mahu menarik balik kes berkenaan. 

Mahkamah kemudian menetapkan 8 September ini sebagai sebutan semula kes. 

Peguam bela, S. Sundarajan mewakili Sugu pada sebutan semula kes hari ini. 

Mengikut pertuduhan, Sugu didakwa mendatangkan kecederaan pada bibir, pipi kiri dan lengan kanan Pavithra menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini antara pukul 4 petang hingga 5 petang 21 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan jika didapati bersalah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya