Lelaki melecur di tangan, kereta terbakar di lebuh raya - Utusan Malaysia

Lelaki melecur di tangan, kereta terbakar di lebuh raya

ANGGOTA bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau memadam kebakaran melibatkan sebuah kereta di Kilometer 249, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), dekat Rembau, Negeri Sembilan. - Ihsan Bomba.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang lelaki mengalami kecederaan di bahagian kaki dan melecur di tangan apabila kenderaan dipandunya terbakar di kilometer 249, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, petang tadi.

Dalam kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 6.20 petang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Fuad Majid, sebaik tiba di lokasi kejadian pada pukul 6.38 petang, mangsa berusia 59 tahun itu sudah keluar daripada kenderaan jenis Proton Satria Neo berkenaan.

“Sebaik tiba api sedang marak dan kami mengambil masa lima minit untuk mengawal kebakaran. Kami berjaya memadam kebakaran sepenuhnya pada pukul 7.06 petang.

“Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban bagi rawatan lanjut. Walau Bagaimanapun kenderaan mangsa terbakar 100 peratus,” katanya.

Mohd. Fuad berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya