Lelaki maut bertembung lori balak dalam kemalangan di Pendang - Utusan Malaysia

Lelaki maut bertembung lori balak dalam kemalangan di Pendang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Seorang lelaki berusia 39 tahun maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori balak berhampiran kuari batu Bukit Perak di sini semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara dan sebuah lori jenis Volvo. 

Kata beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.51 malam dan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang bergegas ke lokasi kejadian.

“Maklumat yang diterima daripada komander operasi, sebuah kereta jenis Proton Iswara bertembung dengan sebuah lori muatan kayu balak,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Mohamadul Ehsan, pemandu kereta itu telah tercampak keluar dari keretanya dan disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pemandu lori berusia 52 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Tambahnya, anggota BBP Pendang kemudian menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Anggota seterusnya melakukan kerja-kerja pembersihan di lokasi kemalangan serta memastikan laluan itu selamat digunakan pengguna jalan raya lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya