Langgar PKPP 69 kena kompaun - Utusan Malaysia

Langgar PKPP 69 kena kompaun

SEBAHAGIAN daripada wanita yang dipercayai pengunjung ditahan polis dalam serbuan di pusat hiburan di Bandar Manjalara, Kepong, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) beberapa kali memberi amaran tegas terhadap pemilik premis hiburan agar ditutup sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) malangnya ada yang masih berdegil beroperasi.

Terbaharu, seramai 69 individu dikenakan tindakan kompaun RM1,000 selepas ditahan polis kerana melanggar PKPP dalam dua serbuan di premis hiburan dan pusat hiburan di Seri Kembangan dan Kepong, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, serbuan kira-kira pukul 5.20 petang itu dijalankan oleh 16 pegawai dan anggota D7 Bukit Aman.

Katanya, dalam serbuan pertama di sebuah premis di Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, pihaknya menahan sembilan pekerja wanita warga Vietnam dan Indonesia berusia antara 18 dan 29 tahun.

“Selain itu, turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang juga penjaga premis serta dua pelanggan masing-masing berusia 30 dan 35 tahun.

“Dalam serbuan kedua di sebuah premis hiburan di Bandar Manjalara, Kepong, sebanyak 13 wanita warga Vietnam berusia antara 20 dan 36 tahun yang bekerja sebagai gadis pelayan pe­langgan ditahan,” katanya da­lam kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, menurut Mohd. Zani, pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan berusia 19 dan 26 tahun masing-masing bekerja sebagai penjaga kaunter serta pengurus premis.

Tambahnya, seramai 60 individu termasuk dua wanita berusia antara 20 dan 62 tahun yang merupakan pengunjung pusat hiburan berkenaan ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya