Koroner lawat lokasi kes Nora Anne - Utusan Malaysia

Koroner lawat lokasi kes Nora Anne

KENDERAAN membawa Maimoonah Aid tiba di resort, lokasi kehilangan Nora Anne Quoirin. - UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Koroner, Maimoonah Aid yang mendengar inkues kematian Nora Anne Quoirin, 15, hari ini melawat lokasi kejadian termasuk tempat penginapan dan penemuan mayat remaja Ireland itu.

Beliau diiringi tujuh kenderaan polis tiba kira-kira pukul 9.15 pagi di resort tempat remaja itu dilaporkan hilang di Pantai di sini.

Pada 10 Julai lalu, Mahkamah Koroner Seremban menetapkan tempoh dua minggu bermula 24 Ogos ini sebagai tarikh inkues kematian Nora Anne yang juga seorang gadis lembam.

Remaja itu bersama keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian selama dua minggu dan mendaftar masuk di sebuah resort di Pantai pada 3 Ogos 2019.

Nora Anne kemudian dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya sebelum mayatnya ditemukan sembilan hari selepas itu.

Laporan awal bedah siasat mendapati kematian Nora Anne tidak mempunyai unsur jenayah dan disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca kerana tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya