Kluster Sivagangga merebak ke Perlis - Utusan Malaysia

Kluster Sivagangga merebak ke Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Perlis mencatatkan 11 kes baharu positif Covid-19 termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul, Sanglang, Arau dekat sini.

Pesakit terbabit merupakan kluster
pesakit bawah siasatan (PUI) Sivagangga.

Kesemua mereka adalah merupakan ahli keluarga yang tinggal serumah dengan pesakit pertama daripada kluster berkenaan.

Sehubungan itu, seramai 872 penduduk di dua kampung terbabit akan menjalani saringan bagi membendung penularan wabak tersebut.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man memaklumkan bahawa kerajaan negeri bermungkinan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kuala Sanglang.

Azlan berkata, kesemua pesakit tersebut kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Dengan penambahahan 11 kes terbaharu itu menyaksikan Perlis kini mencatatkan 30 Covid-19 secara keseluruhan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN