Kisah malang penghantar makanan Grab mangsa langgar lari - Utusan Malaysia

Kisah malang penghantar makanan Grab mangsa langgar lari

MOHD. Nasir Ishak menyampaikan sumbangan kepada bapa mangsa, Md. Rosli Md. Nor di rumahnya, di Taman Desa Mutiara, Johor Bahru. Gambar: MOHAMAD FAIZAL HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tanggal 26 Jun lalu sepatutnya adalah hari menggembirakan buat Mohammad Fakrul Azam Md. Rosli yang merancang meraikan sambutan hari lahir ke-22 bersama keluarga tercinta. Malangnya hasrat itu berakhir de­ngan tragedi apabila dia menjadi mangsa langgar lari.

Menurut abangnya Mohd. Fakhrudin, 26, adiknya terlibat dalam kemalangan di Jalan Kangkar Tebrau di sini, yang berlaku tidak lama selepas dia keluar rumah untuk bekerja sebagai penunggang penghantar makanan Grab Food.

Katanya, akibat daripada kemalangan tersebut, Mohammad Fakrul dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana mengalami kecederaan parah di kepala serta patah tulang bahu dan paha kanan.

“Kesan daripada kemalangan itu juga, mata sebelah kanannya tidak boleh dibuka sepenuhnya dan dia tidak boleh berjalan selama kira-kira lima bulan. Dia hanya dibenarkan pulang setelah tiga minggu ditahan di wad HSA.

“Saya sedih melihat keada­an dia yang dahulunya seorang yang aktif dan ceria, kini hanya mampu terlantar dan terbaring di atas katil. Dia hanya minum susu menerusi saluran tiub setiap tiga hingga empat jam sehari dan terpaksa memakai lampin pakai buang.

“Pada hari itu, dia merancang untuk membeli kek ketika balik kerja untuk dihadiahkan kepada mak sebagai rasa terima kasih membesarkannya, namun apakan daya perkara ini yang menimpa dirinya,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ihsan Johor, Farah Faridah Baptist dan Wakil Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Johor, Mohd. Nasir Ishak.

Fakhrudin berkata, keluarganya membe­lanjakan kira-kira RM800 sebu­lan membeli susu dan lampin untuk Fakrul Azam selain membayar sewa ambulans RM600 bagi menghantar­nya enam beradik itu menjalani rawatan di hospital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya