Khairuddin nafi penutupan masjid di Kuala Nerus berpunca daripadanya - Utusan Malaysia

Khairuddin nafi penutupan masjid di Kuala Nerus berpunca daripadanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA TERENGGANU: Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali yang terpalit dakwaan tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara pada bulan lalu menafikan penutupan sebuah masjid di Kuala Nerus berkuatkuasa semalam berpunca daripadanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, penutupan Masjid Seberang Bukit Tumbuh itu tidak mempunyai kaitan dengannya sekali gus menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk membuat kenyataan lanjut berhubung perkara tersebut.

“Tiada kaitan.

“Tunggu kenyataan daripada Kementerian Kesihatan, kita tidak mahu menimbulkan panik kepada rakyat dan InsyaAllah pihak kementerian akan buat yang terbaik,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Perjumpaan Khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof bersama Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Roslan ​​​​Wahab dan Warga APM Terengganu di Hotel Paya Bunga (PB) di sini malam tadi.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak dan Pengarah APM negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman.

Terdahulu, Khairuddin turut menerima watikah pelantikan sebagai Pesuruhjaya Kehormat (PA) daripada Mohd. Redzuan.

Dalam pada itu, beliau enggan mengulas lanjut berhubung isu ingkar kuarantin yang semakin panas, sebaliknya menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk membuat kenyataan terperinci.

“Pertama, sebagai menteri saya perlu akur kepada peraturan dan menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk membuat kenyataan,” katanya.

Masjid Seberang Bukit Tumbuh ditutup selama empat hari bermula petang semalam bagi aktiviti pembersihan dan nyahkuman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya