Keputusan ibu bapa adalah yang terbaik - Ikmal Hazlan - Utusan Malaysia

Keputusan ibu bapa adalah yang terbaik – Ikmal Hazlan

SURAT sokongan membabitkan Ismail Sabri Yaakob dan Ikmal Hisham Abdul  Aziz yang tular dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun berdepan kecaman hebat susulan penyebaran surat sokongan yang dipersetujui Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham menyifatkan tindakan bapanya yang mencadangkan perlantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga Bhd adalah yang terbaik untuknya.

“Kadang-kadang ibu bapa berbuat sesuatu untuk kamu kerana mereka berpendapat ia adalah yang terbaik.

“Sebagai anak-anak kita tahu mereka berniat baik walaupun dari sudut pandang berbeza dan kita hanya boleh bersyukur atas niat mereka,” katanya menerusi ciapan di laman Twitternya hari ini.

Isu berkenaan menjadi tumpuan selepas surat sokongan membabitkan bapanya yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz kepada Ismail Sabri tular dalam media sosial.

Menerusi surat terbabit, Ikmal Hisham dikatakan meminta agar anaknya itu disokong untuk dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di syarikat berkenaan.

Tindakan itu menjadi pertikaian kerana dikatakan wujud konflik kepentingan dan nepotisme dalam suatu organisasi.

Bagaimanapun, hasrat perlantikan itu tidak kesampaian apabila Ikmal Hazlan tidak dilantik untuk menjawat kedudukan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN