Kanak-kanak 10 tahun maut, lima parah kemalangan di Marang - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 10 tahun maut, lima parah kemalangan di Marang

KEADAAN kereta Perodua Alza dan Toyota Corolla yang remuk dalam kemalangan di Kilometer 32.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Penjara Marang, Marang, Terengganu petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang kanak-kanak maut manakala lima lagi parah dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 32.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Penjara Marang di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.25 petang itu, Fakhrullah Mohd. Fadili, 10, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa yang parah ialah empat ahli keluarganya yang menaiki Perodua Alza termasuk bapa kanak-kanak itu, Mohd. Fadili Mohamad, 38; ibunya, Noor Wahida Mamat @ Adam, 41; dan dua adiknya, Ainul Mardhiah Najihah, 8, serta Muhammad Thaqif Naufal, 4.

Turut parah ialah pemandu kereta Toyota Corolla, Mohd. Azwarin Ahmed, 39.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, nahas berlaku apabila kereta dipandu Mohd. Azwarin dari arah Kuala Terengganu menuju ke Kuantan, Pahang tiba-tiba memasuki laluan bertentangan dan merempuh kenderaan Perodua Alza dinaiki lima beranak tersebut.

Katanya, sebelum kejadian, kereta dipandu Mohd. Fadili berada di belakang Toyota Wish yang dipandu lelaki berusia 44 tahun.

“Pemandu Toyota Wish dapat mengelak kereta Mohd. Azwarin hingga terbabas ke tepi jalan tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

“Bagaimanapun, jarak yang dekat menyebabkan Mohd. Fadili tidak sempat mengelak dan dilanggar kereta Mohd. Azwarin dari arah bertentangan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, kesemua mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sultanan Nur Zahirah (HSNZ) untuk menerima rawatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya