Isteri Guan Eng beri keterangan di SPRM - Utusan Malaysia

Isteri Guan Eng beri keterangan di SPRM

BETTY Chew tiba di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) di Georgetown, Pulau Pinang kira-kira pukul 10.45 pagi ini dipercayai bagi memberi keterangan berhubung kes terowong dasar laut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Betty Chew, iaitu isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini dipercayai bagi memberi keterangan berhubung kes terowong dasar laut.

Betty Chew tiba kira-kira pukul 10.45 pagi dipercayai ditemani peguamnya, Lee Khai dan adik iparnya, Lim Hui Ying.

Difahamkan, beberapa lagi individu akan dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM di sini hari ini termasuk dua Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi memberi keterangan bersabit kes sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN