Identiti tujuh mangsa nahas dikenal pasti - Utusan Malaysia

Identiti tujuh mangsa nahas dikenal pasti

AHLI keluarga mangsa menunggu proses bedah siasat ke atas mangsa kemalangan maut di Jalan Keramat Pulai di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak, hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Identiti kesemua tujuh mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Keramat Pulai di sini semalam dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa yang maut ialah pemandu Perodua Alza, Mohd. Zairul Mat Isa, 34, dan isterinya, Nuratiqah Abd. Hamid, 30, serta anak pasangan itu, Nur Qaseh Damia Mohd. Zairul berusia empat tahun.

“Ibu Mohd. Zairul, Fatimah Mat Isa, 68, turut terkorban,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, penumpang kereta, Zulkifli Shuib, 49, turut maut bersama isterinya, Hasliza Mahmud, 40, serta anak Hasliza, Mohd. Alif Firdaus, 3.

“Tiga lagi penumpang yang cedera ialah anak lelaki pasangan Zairul dan Nuratiqah, iaitu Muhammad Haziq Zikri Mohd. Zairul berusia sembilan tahun.

“Turut cedera ialah dua anak Hasliza iaitu Firash Mikhael Azrie Syah, 11, dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Apit berusia 16 tahun,” katanya.

Menurutnya, pemandu treler berusia 32 tahun tidak mengalami kecederaan.

Kesemua mangsa dari Kampung Indah Badlishah, Serdang, Kedah.

Kemalangan berlaku setelah kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori treler dalam kejadian pada kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke Serdang selepas bercuti di Cameron Highlands dan Pulau Pangkor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN