Harga siling pelitup muka mungkin diturunkan lagi - Utusan Malaysia

Harga siling pelitup muka mungkin diturunkan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang menurunkan lagi harga siling pelitup muka jenis tiga lapisan di bawah RM1.20 seunit.

Menteri Pardagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, perkara itu akan diputuskan dalam masa terdekat.

“Sebenarnya kementerian sudah mengambil langkah menurunkan harga siling pelitup muka tiga lapisan daripada RM1.50 kepada RM1.20 seunit.

“Memandangkan maklum balas umum dan kita sudah melakukan perbincangan, mungkin diturunkan lagi di bawah RM1.20,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang meminta kerajaan menyeragam dan menurunkan harga siling pelitup muka, di Dewan Rakyat hari ini.

Bermula 1 Ogos lalu, orang ramai diwajibkan memakai pelitup muka khususnya ketika berada di kawasan tumpuan sebagai langkah untuk membendung penularan Covid-19.

Seramai 127 individu ditahan kerana tidak memakai pelitup muka pada hari pertama peraturan itu dikuatkuasakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya