Harga siling pelitup muka diturunkan - Utusan Malaysia

Harga siling pelitup muka diturunkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menurunkan harga siling pelitup muka kepada RM1 bagi harga runcit dan RM0.95 untuk harga borong.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi yang melihat penurunan harga itu dapat mengurangkan beban ibu bapa yang perlu menyediakan pelitup muka untuk anak-anak yang bersekolah selain untuk kegunaan orang ramai.

“Penurunan harga maksimum pelitup muka adalah langkah yang bersifat ‘soft landing approach’. Ini bagi membolehkan stok-stok yang dibawa masuk terdahulu dengan kos yang lebih tinggi dengan menggunakan pengangkutan udara dapat dijual bagi mengurangkan kerugian pengimport akibat daripada penurunan harga ini.

“Kementerian bersedia menurunkan lagi harga siling tersebut ke paras yang lebih rendah pada masa akan datang,” katanya.ketika menjawab soalan daripada Chong Chien Jen (PH-Stampin) ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ketika ini, harga siling pelitup muka ditetapkan pada RM1.50 (harga runcit) dan RM1.45 (harga borong) dan akan diturunkan kepada RM1.20 (harga runcit) dan RM1.15 (harga borong) bermula 15 Ogos ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya