Guna lori pindah pesakit obes 200 kg - Utusan Malaysia

Guna lori pindah pesakit obes 200 kg

ANGGOTA APM dan bomba mengangkat seorang pesakit obes ke atas lori untuk dihantar ke Hospital Melaka, Melaka, semalam. – IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Tengah terpaksa menggunakan sebuah lori bagi membantu memindahkan seorang pesakit obes seberat kira-kira 200 kilogram (kg) ke Hospital Melaka, di sini semalam.

Pengarah Pertahanan Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, pihaknya menerima panggilan daripada hospital pada pukul 5.35 petang meminta bantuan bagi membawa seorang pesakit lelaki dari rumahnya di Taman Ayer Keroh Heights.

Katanya, mangsa berusia 55 tahun itu dilaporkan sesak nafas namun mengalami kesukaran untuk bergerak ekoran masalah berat badan.

“Apabila tiba di lokasi, petugas mendapati seorang pesakit obes dengan anggaran berat 200 kg mengalami sesak nafas.

“Dengan kekuatan empat petugas APM bersama-sama bantuan anggota pasukan bomba, mangsa diangkat dan dibawa ke hospital menggunakan sebuah lori,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, pasukan itu mengambil masa kira-kira satu jam bagi memindahkan mangsa naik ke atas lori sebelum dihantar ke hospital. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya