Gerakan serah memorandum bantah projek terowong - Utusan Malaysia

Gerakan serah memorandum bantah projek terowong

KIEW Hen Chong (dua dari kiri) menyerahkan memorandum bantahan projek terowong dasar laut kepada Zahar Zainul di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), George Town.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Selepas hampir sebulan berjalan dan ditandatangani lebih 1,000 orang, parti Gerakan hari ini menyerahkan memorandum bantahan projek kontroversi terowong dasar laut kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Memorandum bantahan itu diserahkan Ketua Biro Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan Komuniti Gerakan negeri, Dr. Kiew Hen Chong kepada Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zahar Zainul di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini semalam.

Hen Chong berkata, pihaknya melancarkan petisyen secara online itu pada 9 Julai lalu bagi mengajak penduduk negeri ini menyatakan bantahan terhadap projek kontroversi terowong dasar laut menerusi laman sesawang http://chng.it/WgdTcddp.

Katanya, inisiatif itu saluran kepada penduduk negeri ini  melahirkan rasa tidak puas hati terhadap projek tersebut yang disifatkan tidak perlu dan satu pembaziran.

Beliau berkata, usaha itu juga bagi mendesak kerajaan negeri menjelaskan isu dan kontroversi melibatkan projek tersebut yang mencetuskan kebimbangan rakyat.

“Antara isu yang perlu dijawab adalah berkenaan laporan kebolehlaksanaan dan butiran rekaan projek terowong dasar laut dan tiga jalan utama bernilai RM350 juta yang telah ditangguhkan sejak tahun lepas.  

“Apa yang menghairankan, pemaju telah mendapat keuntungan sebelum projek terowong itu dibina melalui pemberian tanah tambakan laut seluas 44 hektar bernilai RM2.8 bilion untuk membina projek perumahan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hen Chong berkata, Gerakan negeri tidak menghalang pembangunan yang dirancang kerajaan negeri tetapi ia tidak boleh berkompromi dalam isu berkepentingan rakyat.

Katanya, projek terowong dasar laut jelas menimbulkan banyak persoalan meragukan termasuk penarikan diri sebuah syarikat pemaju di bawah konsortium berkenaan.

“Projek itu sehingga kini langsung tidak ada perkembangan tetapi sebuah syarikat pemaju terlibat sudah menarik diri, apakah nasib dan masa depan projek ini sebenarnya?” soal Hen Chong. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya