Gajah liar ke Taman Negara Endau Rompin - Utusan Malaysia

Gajah liar ke Taman Negara Endau Rompin

BEBERAPA anggota Perhilitan memindahkan dua dari tiga ekor gajah liar yang ditangkap di Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor ke Taman Negara Endau Rompin. – Ihsan Perhilitan Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Jabatan Perlin­dungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor berjaya memindahkan dua ekor gajah liar yang ditangkap Jumaat lalu ke Taman Negara Endau Rompin kelmarin.

Pengarah Perhilitan nege­ri, Salman Saaban berkata, ope­rasi pemindahan yang mengambil masa kira-kira lapan jam dan melibatkan 20 anggota itu bermula pukul 8.30 pagi.

Usaha menangkap gajah di Ladang Rem Pasak dan Felda Pasak tersebut turut dibantu dua ekor gajah denak bernama Abot dan Rambai.

“Operasi menarik dua ekor gajah ke atas lori bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir sekitar 4.15 petang (kelmarin). Keadaan hujan agak menyukarkan operasi berjalan dengan lancar.

“Seekor lagi gajah akan ditarik bergantung kepada kea­daan cuaca dan jalan ladang yang terlibat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Salman, gajah be­tina pertama ditangkap di Ladang Rem Pasak kira-kira pukul 12.30 tengah hari manakala gajah betina kedua dan gajah jantan ma­sing-masing ditangkap di Ladang Felda Pasak kira-kira pukul 5.30 petang dan pukul 7.15 malam.

Jumaat lalu, Jabatan Perhilitan Johor berjaya menangkap tiga ekor gajah liar termasuk gajah be­tina yang dipercayai menyerang seorang pengawal keselamatan hingga maut dalam kejadian yang berlaku di lombong pasir Batu 6, Jalan Mawai bulan lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya