Fanzi Ruji buka langkah - Utusan Malaysia

Fanzi Ruji buka langkah

FANZI RUJI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Merupakan seorang guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Agama Tun Datuk Mustapha, Kota Kinabalu, siapa sangka bakat nyanyianya kini mendapat perhatian penyanyi terkenal Indonesia Judika.

Berkongsi perjalanan awalnya dalam bidang nyanyian, kongsi Fanzi Ruji atau nama sebenarnya Mohd Rifanzie Ruji dia sudah aktif menyanyi sejak tahun 2009.

“Sebelum ini, saya memang sudah aktif menyanyi secara sambilan di Kota Kinabalu sejak 2009 lagi. Jadi, ini bukan lagu pertama yang dicipta sendiri. Saya mempunyai 15 lagu termasuk dalam bahasa Dusun.

“Kesemua lagu itu saya rakam dan terbitkan menggunakan duit sendiri. Alhamdulillah,” kongsi penyanyi yang berasal dari Ranau, Sabah ini.

Sementara itu cukup bersyukur dengan pujian yang diberikan, kata Fanzi semuanya bermula apabila Judika sendiri membuka ruang untuk peminatnya berduet dalam sesi Judika Vocal Tips yang disiarkan di Instagram milik penyanyi itu.

“Judika memberi respon nyanyian saya dua kali. Pertama, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya membuat nyanyian semula lagu Tersenyumlah Sobat. Ketika itu, dia buka sesi duet bersama peminat di IG. Mana-mana yang dia suka, dia akan muat naik semula dan saya antara yang terpilih.

“Kedua, menerusi lagu Bukan Rayuan Gombal. Dia pilih mana-mana lagu yang dimuat naik menerusi #JudikaVocalTips. Jadi, dia memilih video nyanyian saya dan memberi tips dan komen yang dibuat secara sesi virtual.

“Pada sesi itu, dia memberikan komen dengan mengatakan suara saya bagus, ada warna dan kawalan mantap. Malah, dia cakap rugi kalau label tidak ambil saya menjadi penyanyi. Rasa teruja juga apabila dia follow saya di IG.

“Diakui dia memang idola dan saya memasang impian untuk berduet dengannya suatu hari nanti. Kalau tidak dapat berduet lagu sendiri, menyanyi sepentas pun okay,” katanya.

Sementara itu Fanzi kini muncul dengan Hati Nan Rapuh adalah hasil ciptaan Fanzi sendiri dan lirik oleh Ed Widad dan Cik BJ.

Single Hati Nan Rapuh Fanzi Ruji terbitan Nova Music (M) Sdn Bhd baru sahaja dipasarkan hujung bulan lalu dan kini boleh distrim di semua pelantar muzik digital termasuk Spotify, Apple Music, YouTube Music, Joox, KK Box dan Deezer. Video muzik rasmi single tersebut juga kini boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya