Enam pegawai kanan PDRM bertukar - Utusan Malaysia

Enam pegawai kanan PDRM bertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar antara enam pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 21 September ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan, hari ini memaklumkan Abd Rahim dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman.

Ujar Asmawati, turut terlibat dalam pertukaran tersebut ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Datuk Ramli Din yang akan memegang jawatan sebagai Pengarah Pengurusan, Bukit Aman.

“Pertukaran tersebut turut melibatkan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid yang akan mengantikan Ramli.

“Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim akan dilantik sebagai Pengarah Logistik dan Teknologi, Bukit Aman,” katanya.

Mengulas lanjut, Asmawati memberitahu, pertukaran lain turut melibatkan Datuk Mohd Kamarudin Md Din dari Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan, Bukit Aman akan bertukar ke Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman.

“Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamarudin akan bertukar sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya