Enam ditahan buat aksi berbahaya - Utusan Malaysia

Enam ditahan buat aksi berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gara-gara membuat aksi berbahaya, enam individu termasuk dua wanita ditahan ketika menunggang motosikal di Kilometer 257 di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, menuju ke arah utara awal pagi ini.

Kesemua suspek berusia 20 hingga 27 tahun itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan oleh sepasukan anggota dari Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman kira-kira pukul 1.40 pagi.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT, Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, kesemua mereka didapati membuat kesalahan dengan berlumba sesama sendiri sambil melakukan aksi ‘zig-zag’ dan ‘Superman’.

“Kita kesan suspek buat aksi amat berbahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya lain sebelum mereka berhenti di sebuah stesen minyak di Technology Park, Sungai Besi.

“Kesemua suspek ditahan bersama motosikal yang ditunggang mereka sebelum dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Seremban untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd Nadzri, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya