Empat dicekup kurang 24 jam menyamun - Utusan Malaysia

Empat dicekup kurang 24 jam menyamun

ANTARA barangan yang dirampas daripada suspek kes samun bersenjata di Klang, Selangor. - UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Empat lelaki yang bergiat aktif dalam beberapa kes samun di sekitar daerah ini diberkas polis selepas kurang 24 jam mencederakan mangsanya, awal pagi tadi.

Kesemua suspek berumur 18 hingga 35 tahun itu ditahan selepas menyamun seorang pembantu kedai makan di Taman Aman Perdana di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6.30 pagi ini.

“Mangsa dikatakan datang ke restoran untuk membuka premis tersebut dan memulakan perniagaan. 

“Namun, empat suspek bersenjatakan parang datang dan berlaku pergelutan menyebabkan mangsa cedera tangan kanan. Suspek turut melarikan telefon bimbit mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nurulhuda berkata, bertindak atas maklumat,  pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara yang sedang membuat rondaan berjaya mengesan suspek di lokasi berbeza kira-kira pukul 1.30 pagi.

“Penahanan keempat-empat suspek membawa kepada rampasan sebuah Proton Saga, empat pisau panjang dan sebatang besi.

“Semakan mendapati, kesemua suspek ada rekod jenayah lampau kes samun, curi kenderaan dan dadah,” katanya.

Nurulhuda berkata, suspek turut dipercayai berada di bawah pengaruh dadah. 

“Mereka direman selama seminggu sehingga 10 Ogos ini bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya