Duda dan janda antara dicekup JAIM  - Utusan Malaysia

Duda dan janda antara dicekup JAIM 

ANTARA pasangan dicekup JAIM dalam Op Ambang Merdeka di beberapa tempat di Melaka malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Lima pasangan termasuk individu berstatus duda dan janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam serbuan Op Ambang Merdeka di empat buah hotel bajet, di sini malam tadi.

Dalam serbuan bermula pukul 12.15 tengah malam sehingga 4 pagi itu, kesemua lima lelaki dan lima perempuan yang ditahan berusia antara 20 dan 54 tahun.

Ketua Penguat Kuasa JAIM, Akmal Nadzim Abdullah berkata, serbuan itu dilakukan selepas menerima maklumat daripada orang ramai di sekitar Ujong Pasir, Bandar Hilir dan Tanjung Bidara.

“Berdasarkan maklumat, seramai 18 pegawai penguat kuasa agama JAIM telah melakukan serbuan Op Ambang Merdeka di empat buah hotel bajet.

“Pemeriksaan di premis-premis tersebut telah membawa kepada penahanan lima pasangan selepas mereka gagal menunjukkan dokumen sah sebagai suami isteri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, hasil soal siasat, beberapa pasangan ditahan memberikan alasan bermalam di hotel berkenaan kerana terlalu penat selepas keluar bersama-sama menyambut perayaan hari merdeka. 

“Ini termasuk pasangan berstatus duda dan janda berusia 54 tahun, masing-masing bekerja sebagai buruh binaan dan pembantu gerai yang memberikan alasan terlalu penat, selain sudah lewat pagi untuk pulang ke rumah. 

“Terdapat juga pasangan berusia 20-an yang memberikan alasan mereka bermalam bersama-sama kerana ingin membincangkan urusan perkahwinan,” katanya. 

Akmal berkata, kesemua mereka yang ditahan kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman atau berkurung (khalwat). 

“Jika didapati bersalah pasangan ini boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya