Dua maut motosikal bertembung van kilang - Utusan Malaysia

Dua maut motosikal bertembung van kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Dua terbunuh selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van kilang dalam kejadian berhampiran lampu isyarat di Jalan Permatang Tinggi , di sini kira-kira pukul 6.20 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila pemandu van tersebut yang dalam perjalanan menghantar pekerja kilang ke kawasan perindustrian di situ membelok ke arah kanan ketika berada di persimpangan lampu isyarat terbabit.

Katanya, bagaimanapun secara tiba-tiba sebuah motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa datang dari arah bertentangan sebelum melanggar lampu merah di situ.

“Akibatnya, berlaku perlanggaran antara kedua-dua buah kenderaan tersebut.

“Penunggang dan pembonceng motosikal yang masing-masing berusia 23 dan 21 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah manakala pemandu van pula selamat,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Dalam pada itu, Shafee memberitahu, kemalangan tersebut turut dirakam menerusi rakaman kamera papan pemuka van berkenaan.

“Proses bedah siasat ke atas kedua-dua mayat mangsa telah dijalankan di Hospital Bukit Mertajam kira-kira pukul 10 pagi tadi,” katanya yang memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya