Dua kertas siasatan dibuka terhadap Asri Janggut - Utusan Malaysia

Dua kertas siasatan dibuka terhadap Asri Janggut

MOHD. ASRI HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua kertas siasatan dibuka terhadap Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid susulan kenyataannya berhubung pasukan keselamatan negara.

Siasatan itu dijalankan susulan dua laporan dibuat di Balai polis Travers dan Jalan Tun Razak hari ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Asri akan dipanggil minggu ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu klip video memaparkan kenyataan yang dibuat Mohd. Asri atau dikenali sebagai Asri Janggut yang didakwa mengguris hati petugas keselamatan berkenaan.

Asri dalam kenyataannya di video berkenaan mendakwa petugas keselamatan itu tidak menunaikan solat dan merokok.

Malah, Asri turut mempertikaikan tentang petugas keselamatan itu adakah pernah bertanyakan kepada anak mereka tentang kalimah syahadah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya