Dua calon Bebas cabar BN di Slim - Utusan Malaysia

Dua calon Bebas cabar BN di Slim

CALON Barisan Nasional, Mohd. Zaidi Aziz (kiri), calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, (tengah) dan calon Bebas, S. Santharasekaran selepas penamaan calon PRK DUN Slim di Majlis Daerah Tanjung Malim hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Shamsul Ridzuan Idris mengumumkan senarai tiga calon yang bertanding pada pukul 10.35 pagi, selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Tanjung Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) di sini, ditutup 10 pagi.

“Saya menyemak kertas-kertas penamaan tersebut dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati dan memutuskan tiada calon yang ditolak pencalonan,” katanya di sini, hari ini.

Pada PRK itu, BN mempertaruhkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd. Zaidi Abdul Aziz, 43, sebagai calon.

Calon BN itu dicabar dua calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, dan Profesor S. Santharasekaran, 44.

Terdahulu, pada penamaan calon hari ini, seorang guru, Profesor Santharasekaran calon pertama yang tiba di Pusat Penamaan pada pukul 9.02 pagi dan bertanding sebagai calon Bebas menggunakan lambang Buku.

Ini diikuti calon BN, Mohd. Zaidi Abdul Aziz, 43, pada pukul 9.03 pagi menggunakan lambang dacing.

Manakala seorang lagi calon Bebas, peguam syariah, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, tiba pada pukul 9.04 pagi dan menggunakan lambang Pokok.

Mereka tiba bersama pencadang dan penyokong masing-masing.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Slim diadakan 29 Ogos dan pengundian awal pada 25 Ogos.

PRK Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datukn Mohd. Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lepas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya