Diesel dibeli tanpa dokumen sah disita - Utusan Malaysia

Diesel dibeli tanpa dokumen sah disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) Daerah Seberang Perai Utara menyita sebanyak 400 liter minyak diesel yang dibeli tanpa sebarang dokumen ) sah dalam pemeriksaan di sebuah stesen minyak di Sungai Dua, di sini semalam.

Ketua Penguatkuasanya, Akram Karim Mohamad Arip berkata, pemeriksaan itu dijalankan bersama enam anggota selepas menerima maklumat berhubung perkara tersebut.

Katanya, minyak berkenaan dibeli seorang individu menggunakan tong dram yang diletakkan di atas sebuah lori dan dipercayai untuk kegunaan jentera di tapak pembinaan perumahan.

“Sehubungan itu, individu terbabit yang juga seorang pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Akram Karim, jumlah keseluruhan sitaan dianggarkan bernilai RM10,681.60 dan siasatan akan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 sebelum kes tersebut dirujuk kepada pihak pendakwa raya.

“Pihak kami memandang serius penyelewengan seperti ini dan akan sentiasa menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua pihak termasuk para peniaga mematuhi undang-undang yang berkaitan.

“Pada masa yang sama, kami juga mengharapkan kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti ini,” ujar beliau. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya