Didakwa mahal tetapi pelanggan tetap ramai - Utusan Malaysia

Didakwa mahal tetapi pelanggan tetap ramai

ANTARA kedai Aceh yang menjalankan perniagaan bagi memenuhi keperluan pengguna di sekitar Selayang dan Gombak, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH

BANYAK rungutan timbul terhadap kedai Aceh khususnya harga barang yang didakwa mahal terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu.

Rata-rata pengguna menyifatkan kenaikan harga sebagai cubaan mengambil kesempatan. Namun, rangkaian kedai Aceh yang ‘tumbuh seperti cendawan selepas hujan’ di kebanyakan taman perumahan di
Selangor dan Kuala Lumpur tetap dikunjungi ramai di sebalik dakwaan harga barangnya tahap mencekik darah.

Wartawan Utusan Malaysia, MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI membuat tinjauan di beberapa kawasan termasuk Kampung Dato Harun, Gombak dan Selayang.

Berdasarkan pemerhatian, harga barangan keperluan harian se perti sayur, ikan dan ayam lebih mahal berbanding kedai runcit lain atau pasar raya.

KUALA LUMPUR: Rangkaian kedai runcit Aceh semakin popular di kawasan perumahan di Lembah Klang. Walaupun harga kebanyakan barang didakwa mahal tetapi perniagaan Aceh semakin maju.

Tinjauan mendapati hampir semua kedai Aceh sentiasa dipenuhi pelanggan. Di setengah-setengah tempat, kedai Aceh menyewa dua lot kedai bagi memenuhi keperluan orang ramai.

Peruncit tempatan yang cuba bersaing dengan kedai Aceh berisiko ‘bungkus’.

Seorang pelanggan, Laila Dalina Awang, 43, berkata, dia memilih membeli barang dapur di kedai Aceh kerana lokasi berdekatan dengan rumah selain ‘seribu satu’ barang disediakan.

Katanya, dia menyedari harga kebanyakan barang lebih mahal berbanding di pasar raya atau kedai lain tetapi lebih selesa membeli di kedai Aceh.

“Saya pernah beli sebiji tomato dengan harga lebih RM1. Saya beli juga sebab berurusan dengan kedai Aceh mudah dan cepat.

“Mereka turut menyediakan khidmat penghantaran jika lokasi rumah dekat,” katanya yang tinggal di Kampung Dato Harun di Petaling Jaya.

Rafieda Shaza Amira Zulkeplee, 25, pula berkata , dia hanya ke kedai Aceh ketika terdesak untuk mendapatkan barangan.

“Biasanya saya membeli stok barang di pasar raya kerana harga di kedai Aceh memang mahal tetapi barang ditawarkan segar,” katanya dari Selayang.

Kata Rafieda Shaza Amira, kadangkala dia terfikir bagaimana kedai Aceh boleh menjual barang dengan harga mahal tetapi tidak dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Bagi Mohamad Nazme Aziz, 33, operasi kedai Aceh sehingga pukul 2 pagi menjadi salah satu faktor ia menjadi pilihan pelanggan.

“Sudah tentu kedai Aceh menjadi pilihan pada waktu tengah malam kerana lebih murah berbanding dengan kedai serbaneka 24 jam lain, ” jelasnya dari Hulu Kelang.

Selain itu, katanya, kebanyakan keperluan boleh didapati di kedai Aceh, jadi pelanggan tidak perlu ke pasar raya yang jauh dari rumah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya