Covid-19: Berwaspada di semua tempat - Utusan Malaysia

Covid-19: Berwaspada di semua tempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tanggungjawab membasmi penularan pandemik Covid-19 yang belum menemukan titik nokhtah tidak terletak kepada kerajaan semata mata.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, semua pihak harus memainkan peranan sebagai pejuang barisan hadapan mengekang penularan pandemik tersebut.

“Kesedaran diberikan selama ini terhadap pematuhan prosedur operasi prosedur (SOP) bukan sahaja dilaksanakan di peringkat agensi kerajaan tetapi komuniti untuk melindungi diri masing-masing terutama golongan yang cenderung mendapat jangkitan seperti warga emas dan kanak-kanak,” katanya dalam sesi Bual Bicara Selamat Pagi Malaysia di saluran TV1 hari ini.

Adham berkata, setiap individu perlu sentiasa berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan yang berlaku tanpa mengambil kira seseorang itu mempunyai gejala jangkitan atau sebaliknya.

“Kita berperang dengan virus yang kita tidak nampak, jadi kita kena berwaspada di semua tempat.

“Tiada cara lain kecuali mengamalkan penjarakan fizikal dan beretika ketika bersin dan batuk, kerap mencuci tangan serta memakai pelitup muka,” katanya.

Sementara itu, beliau meletakkan harapan dan berdoa agar vaksin bagi memutuskan rantaian Covid-19 berjaya dihasilkan.

“Saya ambil maklum pelbagai negara sedang membangunkan vaksin untuk wabak ini tetapi ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana ‘sequencing’ virus ini berbeza-beza. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya