Calon Bebas kalah pemilihan Bersatu Teluk Intan - Utusan Malaysia

Calon Bebas kalah pemilihan Bersatu Teluk Intan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Amir Khusyairi Mohamad Tanusi adalah individu yang kalah ketika bertanding Ketua Bahagian Bersatu Teluk Intan.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mendedahkan perkara itu berkata, sehubungan itu tindakan Pejuang yang ditubuhkan Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakan calon yang kalah dalam PRK Slim agak pelik.

“Dalam PRK ini, kita sudah tahu BN letak calon, jadi buat apa mereka bertanding. Calon pula bekas ahli Bersatu di Teluk Intan hendak jadi Ketua Bahagian.

“Kalau dalam parti pun kalah ini kan pula dalam DUN Slim,” katanya ketika berucap pada program Ceramah 5 Setiausaha Agung Muafakat di Dewan Besar Felda Trolak Utara dekat sini malam semalam.

Yang hadir sama Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan, Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon dan Setiausaha Agung MIC, Datuk M. Asojan.

Menurut Hamzah, latar belakang calon Bebas itu perlu dikaji oleh pengundi di sini dan kenapa Pejuang meletakkan calon itu bertanding di Slim.

“Letak siapa calon ini dan datang dari mana. Siapa yang suruh (bertanding) dan kita kena kaji,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya