KUALA LUMPUR: Boustead Plantations Berhad mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas berkuat kuasa hari ini.
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, Ahmad Tajuddin, 66, mempunyai pengalaman luas lebih 45 tahun dalam bidang perladangan.
“Kumpulan mengalu-alukan pelantikan Ahmad Tajuddin ke dalam Lembaga Pengarah (BOD) dan menantikan manfaat daripada pengalaman luas beliau dalam sektor perladangan,” katanya hari ini. – UTUSAN ONLINE