BN pertimbang rakan parti di Sabah guna lambang sendiri - Utusan Malaysia

BN pertimbang rakan parti di Sabah guna lambang sendiri

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Barisan Nasional (BN) sedia berunding dengan rakan parti tempatan di Sabah yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu menggunakan lambang parti masing-masing.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini bagi memastikan hanya pertandingan dua penjuru untuk menentang Warisan.

“Jika ada parti-parti yang mahu menggunakan lambang parti masing-masing, kita akan rundingkan agar pertandingan dua penjuru sahaja yang diizinkan antara parti-parti yang berganding bersama BN Sabah untuk menentang Warisan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas program ramah mesra bersama pengundi India di Bilik Gerakan IPF di Slim River dekat sini hari ini.

Ahmad Zahid turut mengumumkan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai penyelaras BN dalam PRN Sabah.

“Pelantikan ini supaya mereka dapat membantu jentera BN Sabah bersama-sama rakan-rakan parti yang lain,” katanya.

Mengenai rundingan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang akan ditandingi, Ahmad Zahid berkata, perkara itu akan dimuktamadkan selewat-selewatnya seminggu penamaan calon.

“Kami yakin lambang BN akan diterima semula kerana rakyat sabah amat rindukan BN ,” katanya.

PRN Sabah ditetapkan pada 26 September, manakala hari pencalonan pada 12 September dan pengundian awal pada 22 September dengan sejumlah 1.12 juta pemilih berdaftar layak mengundi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya